PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

Penetapan Kaedah Pelupusan Efluen Dan Sisa Biojisim serta Penetapan Parameter dan Had Pelepasan Efluen Kilang Minyak Kelapa Sawit dan Kilang Getah di Malaysia

- 02/07/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Penetapan Kaedah Pelupusan Efluen Dan Sisa Biojisim serta Penetapan Parameter dan Had Pelepasan Efluen Kilang Minyak Kelapa Sawit dan Kilang Getah di Malaysia
Tahun
2026
Organisasi
Seksyen Audit Penguatkuasaan dan Kawal Selia Kilang Kelapa Sawit Dan Kilang Getah
Lokasi
Bilik Mesyuarat Teratai, Aras 4, Jas Putrajaya

Penerangan

Pada 5 Jun 2026, satu Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Perunding (JPP) Bil. 3/2026 telah diadakan bagi membincangkan Kajian Cadangan Penetapan Kaedah Pelupusan Efluen dan Sisa Biojisim serta Penetapan Parameter dan Had Pelepasan Efluen bagi Kilang Minyak Kelapa Sawit dan Kilang Getah di Malaysia. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil Bahagian Penguatkuasa, iaitu Pengarah Tuan Haji Rosli bin Zul, KPP Dr. Ezahtulsyahreen binti Ab. Rahman, Rojiah binti Abu Bakar (PKK C12 KUP) dan PPKT Mohd Faiz bin Mohd Aris serta MySTEP Farah Husna binti Saifuddin. Wakil Bahagian Udara pula ialah KPP Dr. TS. ChM. Anuar bin Ishak. Tujuan mesyuarat kali ketiga ini diadakan adalah untuk membincangkan Terma Rujukan (Terms of Reference, TOR) yang telah dikemaskini, di samping mendapatkan ketetapan lanjut berhubung pelaksanaan kajian tersebut.