Koleksi Gambar / Aktiviti
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- INVITATION AS SPEAKER – RESEARCH & TECHNOLOGY COLLOQUIUM
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- SD Guthrie Research
- Lokasi
- Palm Garden Hotel, Putrajaya
Penerangan
Dr. Ezahtulsyahreen, wakil daripada Bahagian Penguatkuasaan, Seksyen Audit Penguatkuasaan dan Kawal Selia Kilang Kelapa Sawit & Kilang Getah, Jabatan Alam Sekitar, telah dijemput sebagai penceramah bagi sesi Research & Technology Colloquium (Driving Innovation Excellence) pada 9 Jun 2026 yang bertajuk How Compliance Drives Sustainability and Innovation. Sesi kolokium ini memberi fokus kepada beberapa perkara utama, antaranya peranan dan fungsi Jabatan Alam Sekitar, perundangan serta rangka dasar alam sekitar berkaitan kilang minyak sawit termasuk pindaan terkini, jadual pematuhan syarat lesen yang melibatkan tanah dan badan air, keperluan pengurusan alam sekitar dan pematuhan bagi kilang minyak sawit mentah, garis panduan pengurusan sisa pepejal daripada operasi perladangan (seperti tandan kosong, proses desludging dan fiber), serta prosedur dan keperluan pelaksanaan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) termasuk pendaftaran teknologi. Turut dikongsikan adalah contoh kejayaan inovasi lestari alam sekitar di sektor perladangan dan kilang.