PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti ยท Bengkel

WATER QUALITY TRAINING

JAS SARAWAK 07/07/2026 6 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
WATER QUALITY TRAINING
Tahun
2026
Organisasi
JAS Sarawak
Lokasi
Sibu, Sarawak

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Sibu telah menerima jemputan daripada Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak untuk menyampaikan ceramah serta berkongsi ilmu pada 30 Jun 2026 di Kingwood Hotel, Sibu, Sarawak. Ceramah bertajuk "Pengendalian Sampel Efluen bagi Tujuan Penguatkuasaan" telah disampaikan oleh Encik Peter Ceylon. Sesi ini merangkumi perkongsian berkaitan protokol persampelan, kaedah pengawetan serta pengendalian sampel efluen dan air sisa bagi tujuan penguatkuasaan. Program ini telah dihadiri oleh 40 orang pegawai NREB Zon Tengah, Sarawak. Diharapkan perkongsian ilmu ini dapat memperkukuh pengetahuan dan kompetensi peserta dalam pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan, seterusnya menyokong usaha memelihara dan memulihara alam sekitar secara lestari di Negeri Sarawak.