PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti · Program Kesedaran

World Refrigeration Day 2026

JAS HQ - BAHAGIAN KOMUNIKASI STRATEGIK 07/07/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
World Refrigeration Day 2026
Tahun
2026
Organisasi
BAHAGIAN UDARA
Lokasi
SELANGOR

Penerangan

SELANGOR, 1 July 2026 – Jabatan Alam Sekitar dengan kerjsama ASHRAE Malaysia Chapter (MASHRAE dan SEGi University telah menganjurkan sambutan World Refrigeration Day 2026 bertempat di SEGi University, Kota Damansara. Sambutan pada tahun ini menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan daripada sektor penyejukan dan penyaman udara (RAC), termasuk pengamal industri, institusi pendidikan, penyelidik, pelajar serta tenaga kerja teknikal. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Ryan Ooi Chean Weai, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Udara Jabatan Alam Sekitar. Antara pengisian utama program termasuk sesi perkongsian mengenai Pelan Pelaksanaan Kigali Malaysia, hala tuju peralihan refrigeran negara, penggunaan refrigeran semula jadi dalam iklim panas dan lembap, peranan kecerdasan buatan dalam mempercepatkan peralihan refrigeran, serta pendekatan bangunan hijau dan penyejukan sifar bersih (net-zero cooling). Turut diadakan pameran industri, demonstrasi sistem penyejukan dan pelbagai aktiviti interaktif yang disediakan oleh pelajar Segi University bagi meningkatkan kefahaman peserta terhadap perkembangan semasa sektor HVAC&R. Tema sambutan tahun ini, “Cool Intelligence”, menekankan bahawa masa depan sistem berasaskan refrigeran lestari bukan sahaja bergantung kepada kemajuan teknologi, tetapi juga kepada keupayaan manusia untuk membuat keputusan yang lebih bijak, berasaskan pengetahuan, inovasi dan tanggungjawab terhadap alam sekitar. Tema ini mencerminkan kepentingan menggabungkan teknologi pintar, serta amalan pengurusan refrigeran yang mampan dalam menyokong perlindungan lapisan ozon, pengurangan pelepasan gas rumah hijau dan aspirasi Malaysia ke arah masa depan yang lebih lestari.