PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

PROGRAM EKSPLORASI BUMI SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA (WED) 2026 ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR W.P. KUALA LUMPUR (JAS WPKL)

JAS WP KUALA LUMPUR 07/07/2026 4 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM EKSPLORASI BUMI SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA (WED) 2026 ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR W.P. KUALA LUMPUR (JAS WPKL)
Organisasi
JAS WPKL
Lokasi
FRIM, Kepong

Penerangan

27 JUN 2026, KUALA LUMPUR – JAS WPKL telah berjaya menganjurkan Program Eksplorasi Bumi Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2026 bertempat di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Majlis telah disempurnakan oleh Puan Hajah Zuraini Binti Haji Ahmad Tajudin. Turut hadir memeriahkan program ialah Puan Mehrani Binti Saharudin (Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Operasi) dan Puan Shafariza Binti Shamsudin (Ketua Penolong Pengarah Pembangunan) dari JAS WPKL. Bagi menghidupkan tema WED pada tahun ini iaitu "Inspired by Nature. For Climate. For Our Future.", program ini telah menghimpunkan para peserta hebat yang terdiri daripada penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS). Pelbagai pengisian padat dan menarik telah diatur bagi memupuk pendidikan alam sekitar, pemuliharaan biodiversiti serta semangat cintakan alam semula jadi. Antara aktiviti utama yang menjadi tumpuan termasuklah: ????? Aktiviti 'Flex and Quest' – Sesi regangan badan sebagai pemanas badan sebelum bermula. ?? Pertandingan 'Treasure Hunt' & ?? Aktiviti Denai (Trail) – Meneroka keindahan hutan FRIM. ?? Aktiviti Interaktif 'Shape Our Environment' – Menguji minda dan kreativiti peserta. ?? Aktiviti Kesedaran Kitar Semula Plastik – Memupuk gaya hidup hijau dan lestari. ??? Aktiviti Kesedaran: Recycle Lanyard & Tag – Inisiatif kitar semula lanyard selepas tamat program. ?? 'Nature Snap' bersama Kumpulan – Merakam kenangan terindah bersama rakan sepasukan berlatarbelakangkan alam semula jadi. Program anjuran JAS WPKL ini turut mendapat sokongan padu daripada kerjasama pelbagai pihak: ?? Konsortium ProHawk Sdn. Bhd. – Selaku Rakan Strategik JAS WPKL, yang diwakili oleh Encik Mohd Hafzul Fariz Bin Mohd Adnan. ?? Persatuan Sains Tanah Malaysia – Selaku NGO Penyelaras program, yang diwakili oleh Presidennya, Prof. Madya Dr. Rosazlin Abdullah. Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan-pasukan yang telah berjaya merangkul kemenangan dalam pertandingan kali ini! Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga usaha sama ini terus menyemarakkan kesedaran demi kesejahteraan generasi masa hadapan.