Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM ZLNG BOND BEYOND BOUNDARIES WORLD ENVIRONMENT DAY 2026
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 04/07/2026
- Organisasi
- Jabatan Alam Sekitar Cawangan Sipitang
- Lokasi
- Pantai Merintaman, Sipitang
Penerangan
04 Julai 2026, SIPITANG - Jabatan Alam Sekitar Cawangan Sipitang telah hadir menjayakan Program Sambutan Alam Sekitar Sedunia 2026 Peringkat Projek ZLNG, bertempat di Pantai Merintaman, Sipitang. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti dan generasi muda mengenai pemeliharaan alam sekitar, matlamat pembangunan lestari serta tanggungjawab bersama dalam menjaga kesejahteraan alam sekitar. Program yang dihadiri kira-kira 150 orang turut melibatkan agensi seperti Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah, Pejabat Daerah Sipitang, Majlis Daerah Sipitang, Petronas serta kontraktor-kontrakor utama. Kehadiran pelajar-pelajar dari SMK Pengiran Omar turut menambah kemeriahan program.
Antara pengisian program yang telah dilaksanakan adalah sesi perkongsian ringkas dari JAS dan JPAS, aktiviti beach plogging, serta pertandingan sukan tradisional. Dianggarkan sekitar 500 kg sisa pepejal berjaya dikumpulkan di akhir program. Wakil JAS turut menjadi penyampai hadiah kepada pemenang pertandingan.
Pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada JAS Sabah atas penglibatan dan sokongan dalam menjayakan Program Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2026.
Sekian untuk makluman.