Koleksi Gambar / Aktiviti · Bengkel
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- BENGKEL PEMBANGUNAN MODUL LATIHAN DAN MANUAL PERSAMPELAN BAHAN PEMUSNAH OZON (BPO) BAGI PEGAWAI JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) DAN JABATAN KIMIA MALAYSIA (KIMIA MALAYSIA)
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- BAHAGIAN UDARA
- Lokasi
- PUTRAJAYA
Penerangan
Putrajaya – Bahagian Udara, Jabatan Alam Sekitar telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Modul Latihan dan Manual Persampelan Bahan Pemusnah Ozon (BPO) bagi Pegawai Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kimia Malaysia yang telah diadakan di Putrajaya Marriott Hotel pada 29 Jun hingga 3 Julai 2026.
Bengkel ini merupakan kesinambungan kepada bengkel siri pertama di mana objektif bengkel siri kedua ini adalah bertujuan untuk membangunkan modul latihan bagi persampelan dan analisa BPO serta memperkemas manual persampelan yang telah dihasilkan sebelum ini. Pembangunan modul Latihan ini adalah selaras dengan keperluan JAS untuk membangunkan kapasiti pegawai penguatkuasa dalam pengurusan BPO di bawah Pelan Pelupusan HCFC Peringkat 3 (HPMP III) negara.
Selain itu, bengkel ini telah memberi pendedahan kepada para peserta mengenai dua (2) jenis peralatan persampelan BPO melalui sesi penerangan dan latihan amali (hands-on) yang disampaikan oleh Texcarrier Industries Sdn. Bhd. dan Maxsains System Enterprise. Latihan ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kemahiran pegawai dalam penggunaan peralatan persampelan BPO, di samping menyokong usaha pembangunan modul latihan penguatkuasaan yang lebih berkesan. Pendedahan secara praktikal ini turut memberikan gambaran yang lebih menyeluruh mengenai prosedur persampelan BPO yang akan diaplikasikan semasa aktiviti pemeriksaan dan penguatkuasaan di premis berkaitan.
Penganjuran bengkel ini mencermikan komitmen berterusan JAS khususnya dan diperkukuhkan dengan sokongan dari KIMIA Malaysia dalam pengurusan BPO yang selaras dengan hala tuju JAS untuk membangunkan kapasiti pegawai melalui program-program latihan serta memperkukuhkan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pengurusan Refrigeran) 2020.