Koleksi Gambar / Aktiviti · Mesyuarat
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Program Exchange on Natural Alternative Technologies in the Room Air Conditioning (RAC) and Mobile Air Conditioning (MAC) Sectors di Guangzhou dan Wuhan, China
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- BAHAGIAN UDARA
- Lokasi
- CHINA
Penerangan
Pada 29 Jun 2026 hingga 3 Julai 2026, satu Program Exchange on Natural Alternative Technologies in the Room Air Conditioning (RAC) and Mobile Air Conditioning (MAC) Sectors telah diadakan di Guangzhou dan Wuhan, China. Program ini dianjurkan oleh United Nations Industrial Development Organization (UNIDO) dengan kerjasama Foreign Environmental Cooperation Center (FECO), Chinese Association of Refrigeration (CAR) dan Ministry of Ecology and Environment (MEE), China.
Program ini telah disertai oleh beberapa buah negara iaitu Malaysia, Thailand, Filipina, Vietnam, China, Türkiye, Iraq, Bangladesh dan Egypt. Delegasi Malaysia terdiri daripada dua (2) orang pegawai Jabatan Alam Sekitar Malaysia serta turut disertai oleh dua (2) orang Master Trainer masing-masing daripada ADTEC JTM Kampus Kota Bharu, Kelantan dan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara, Sintok, Kedah.
Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta berkaitan dasar, teknologi dan amalan terbaik bagi alternatif dalam penggunaan bahan penyejuk yang rendah Global Warming Potential (GWP) serta teknologi penyejukan mampan bagi sektor RAC dan MAC. Peserta turut didedahkan kepada aspek keselamatan pengendalian bahan penyejuk mudah terbakar seperti R290 dan R744 (CO2), pembangunan dasar dan piawaian keselamatan, teknologi cekap tenaga serta cabaran pelaksanaan peralihan kepada refrigeran alternatif rendah GWP.
Sepanjang program, peserta telah mengikuti sesi kuliah teknikal, latihan amali, lawatan tapak industri ke fasiliti pengeluaran,pemasangan dan makmal penyaman udara, sesi dialog antara negara serta perkongsian pengalaman berkaitan pelaksanaan penghapusan dan pengurangan HCFC dan HFC. Program ini turut membantu memperkukuh kerjasama serantau dan kapasiti teknikal negara dalam menyokong pelaksanaan Protokol Montreal dan Pindaan Kigali. Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.