Koleksi Gambar
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGANJURAN PROGRAM HARI AGRO LESTARI DAN KEBUN KOMUNITI DAERAH SIK TAHUN 2026
- Organisasi
- Majlis Daerah Sik
- Lokasi
- Dataran Gemilang, Sik
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah bersama-sama memeriahkan dan menjayakan Program Hari Agro Dan Kebun Komuniti Daerah Sik Bagi Tahun 2026 di Dataran Gemilang Majlis Daerah Sik , Kedah
Program tersebut dianjurkan Dan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Sik, Tuan Faisal Rizal Bin Mohamad.
Pelbagai agensi turut dijemput mengadakan pameran antaranya Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pejabat Pertanian Daerah Sik, Klinik Kesihatan Daerah Sik Dan Lain-Lain.
Beberapa aktiviti yang menarik juga telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung seperti funwalk, tanaman pokok, kuiz tentang e-waste, bermain puzzle, pemeriksaan kesihatan,fashion show, Jualan Rahmah dan sebagainya.
Pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS) dan permainan Virtual Reality (VR) kepada pengunjung turut mendapat sambutan yang baik.
Dengan adanya program seperti ini dapat memberi kesedaran berkaitan aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada
masyarakat setempat di negeri Kedah selaras dengan tema JAS 'Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama' dan hasrat kerajaan negeri iaitu "Kedah Sejahtera Lestari Bersama".
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaskedah
#alamsekitartanggungjawabbersama