Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAWATAN PREMIS PEMPROSESAN PELET KAYU
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- UNIT INPUT PEMBANGUNAN JAS JOHOR
- Lokasi
- KLUANG
Penerangan
KLUANG, 6 Julai 2026 - Unit Input Pembangunan, JAS Negeri Johor telah menjalankan lawatan premis pemprosesan pelet kayu di Jalan Batu Pahat, Kluang.
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan tepat berkaitan cadangan projek di atas tapak premis yang dicadangkan bagi mengenal pasti potensi isu-isu alam sekitar sebelum mengemukakan sokongan bagi lesen premis.
Antara perkara utama yang diberi perhatian semasa lawatan adalah lokasi tapak premis, komponen penerima sensitif di sekitarnya, operasi dan kapasiti pemprosesan serta kelengkapan sistem kawalan pencemaran yang akan dipasang di premis bagi memastikan apa-apa pelepasan dari premis mematuhi standard yang ditetapkan dalam AKAS 1974 dan Guidelines on Pollution Prevention in Industrial Siting 2025.