Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PEMERIKSAAN VERIFIKASI COMMISSIONING SISTEM PELUPUSAN EFLUEN DAN PEMATUHAN SYARAT-SYARAT KELULUSAN KEBENARAN BERTULIS
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- UNIT PERLESENAN JAS JOHOR
- Lokasi
- KAHANG, KLUANG
Penerangan
KLUANG, 7 Julai 2026 – Unit Perlesenan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan verifikasi di sebuah premis kilang kelapa sawit di Kahang, Kluang, Johor.
Pemeriksaan ini dilaksanakan bagi pengesahan pelaksanaan pentauliahan (commissioning) penambahan Sistem Pelupusan Efluen (Sistem Furrow) yang telah siap sepenuhnya, di samping memastikan pematuhan premis terhadap syarat-syarat Kelulusan Kebenaran Bertulis yang telah dikeluarkan oleh Jabatan.
Pemeriksaan turut meliputi pengesahan pemasangan, pengoperasian serta spesifikasi sistem pelupusan efluen bagi memastikan ia adalah selaras dengan kelulusan yang diberikan dan mematuhi keperluan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan-peraturan yang berkuat kuasa.
JAS Negeri Johor komited untuk terus melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan bagi memastikan pematuhan terhadap keperluan perundangan alam sekitar serta melindungi kualiti alam sekitar demi kesejahteraan masyarakat.