PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat ยท Program Penguatkuasaan

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL EIA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA (EIATRC) BAGI CADANGAN PENAMBAKAN LAUT DI KAWASAN XLII, DAERAH MELAKA TENGAH, MELAKA

JAS MELAKA 17/07/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL EIA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA (EIATRC) BAGI CADANGAN PENAMBAKAN LAUT DI KAWASAN XLII, DAERAH MELAKA TENGAH, MELAKA
Tahun
2026
Organisasi
JAS MELAKA
Lokasi
MELAKA

Penerangan

6 Julai 2026, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal EIA (EIATRC) bagi membincangkan hasil kajian Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi Cadangan Penambakan Laut di Kawasan XLII, Daerah Melaka Tengah, Melaka. Ahli mesyuarat meliputi Penggerak Projek, Perunding EIAserta Jabatan dan Agensi teknikal berkepentingan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Rosli bin Mustafa, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Aktiviti yang dicadangkan tersebut adalah tertakluk di bawah Jadual Pertama Perintah Kualiti alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu: Aktiviti 7. Penebusgunaan Tanah Penebusgunaan kawasan pantai atau penebusgunaan tanah sepanjang tebing sungai yang melibatkan kawasan kurang daripada 50 hektar. EIATRC yang dijalankan tersebut adalah bertujuan menilai dan membincangkan segala isu-isu berbangkit serta kesan akibat daripada cadangan projek tersebut. Dalam pada itu, langkah-langkah mitigasi bagi mengurangkan kesan terhadap alam sekitar juga dibentangkan dan dibincangkan berpandukan kepada kajian teknikal yang telah dijalankan. #KementerianSumberAslidanKelestarianAlam #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasnegerimelaka