Koleksi Gambar / Aktiviti · Program Kesedaran · Pengurusan JAS
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SARINGAN PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN JAS, WP LABUAN
- Tahun
- 2026
- Lokasi
- WP LABUAN
Penerangan
SARINGAN PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN JAS, WP LABUAN
07 Julai 2026 – Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit telah berpeluang menyampaikan pengisian sempena Pemeriksaan Kesihatan yang di anjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar, WP Labuan.
Program ini melibatkan penyertaan pegawai dan kakitangan daripada pelbagai gred jawatan dengan objektif mengekalkan status kesihatan pegawai yang optima melalui pemeriksaan dan saringan kesihatan secara berkala.
Pemeriksaan kesihatan telah dijalankan oleh Team, Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit yang di ketuai oleh Encik Mohd Daud Bin Hamid selaku wakil bagi pemeriksaan kesihatan tersebut.
Semoga usaha yang dilakukan bukan sekadar perkongsian kesihatan tetapi dapat meningkatkan kesedaran warga JAS WP Labuan tentang sikap menjaga tahap kesihatan yang optima di jabatan/ agensi kerajaan.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_Julai_2026