Koleksi Gambar / Aktiviti
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM ENVIRO HIKING BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR (RAS) KEDAH DI BUKIT MALAU, JITRA.
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS KEDAH
- Lokasi
- BUKIT MALAU,JITRA
Penerangan
8 Julai 2026 - Bukit Malau, Kedah.
Satu Program Enviro Hiking bersama Rakan Alam Sekitar (RAS) Negeri Kedah telah diadakan pada hari ini di Bukit Malau, Jitra Kedah melibatkan seramai 70 orang sukarelawan ahli RAS pelbagai peringkat umur.
Program yang bertemakan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia tahun 2026 ini merupakan anjuran bersama Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah dengan Majlis Belia Negeri Kedah, Yayasan Sultanah Bahiyah dan MBM Distributors Sdn. Bhd.
Objektif program ini adalah untuk menggalakkan pembudayaan gaya hidup sihat dan lestari dalam kehidupan seharian dan dapat menyemaikan semangat cintakan alam selaras dengan tema Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan komunikasi sosial di antara JAS dan masyarakat .
JAS juga amat berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penglibatan masyarakat khususnya golongan belia.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaskedah
#alamsekitartanggungjawabbersama