PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PENGANJURAN SKAM OPEN DAY 2.0, KARNIVAL STEM & DIGITAL 2026, PERINGKAT NEGERI KEDAH

JAS KEDAH 17/07/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGANJURAN SKAM OPEN DAY 2.0, KARNIVAL STEM & DIGITAL 2026, PERINGKAT NEGERI KEDAH
Tahun
2026
Organisasi
SEK KEB AYER MERAH ,KULIM
Lokasi
SEKOLAH KEBANGSAAN AYER MERAH, KULIM

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah bersama-sama memeriahkan dan menjayakan Skam Open Day 2.0 Karnival Kerjaya Stem & Digital 2026 Peringkat Negeri Kedah bagi Sekolah- Sekolah Di Negeri Kedah. Program tersebut dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Air Merah Dan dirasmikan oleh Puan Aiza Binti Zainudin, Dari Pejabat Pendidikan Daerah Kulim (Bandar Bahru) STEM adalah singkatan bagi bidang Sains,Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik.Memberi pendekatan pembelajaran bersepadu dan melatih pelajar berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah dunia sebenar menggunakan aplikasi praktikal. Pelbagai agensi turut dijemput mengadakan pameran antaranya Pejabat Pendidikan Daerah Kulim (Bandar Baharu),Jabatan Pertanian Negeri Kedah,Jabatan Perhilitan Negeri Kedah,Kelab Pecinta Alam, Klinik Kesihatan Daerah Kulim ,SWcorp Dan Lain-Lain. Beberapa aktiviti yang menarik juga telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung seperti pertandingan kereta belon, kuiz tentang e-waste, bermain puzzle, pemeriksaan kesihatan,Karnival Jualan, Urutan percuma menggunakan peralatan coway dan sebagainya. Pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS) dan permainan Virtual Reality (VR) kepada pengunjung turut mendapat sambutan yang baik. Dengan adanya program seperti ini dapat memberi kesedaran berkaitan aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada para guru dan pelajar dari sekolah- sekolah di Kawasan Negeri Kedah selaras dengan tema JAS 'Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama' dan hasrat kerajaan negeri iaitu "Kedah Sejahtera Lestari Bersama". #NRES #jabatanalamsekitar #jaskedah #alamsekitartanggungjawabbersama