PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran · Program Penguatkuasaan · Program Pengawasan

RONDAAN DARAT OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN _06 Julai 2026

17/07/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DARAT OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN _06 Julai 2026
Tahun
2026
Lokasi
WP LABUAN

Penerangan

RONDAAN DARAT OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN W.P. LABUAN, 06 Julai 2026 – Pasukan penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah melaksanakan rondaan darat di bawah Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) serta pemantauan punca-punca pencemaran alam sekitar selaras dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan yang dijalankan pada 4 dan 5 Julai 2026 ini meliputi pelbagai lokasi tumpuan di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan termasuk kawasan perindustrian berat, sederhana dan ringan, pusat bandar, kawasan pembinaan, kawasan perumahan termasuk taman perumahan dan kampung, alur alir, kawasan jeti, serta pesisir pantai bagi mencegah sebarang pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Sehubungan itu, semua pihak dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang bentuk pencemaran alam sekitar. Tindakan tegas di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati ingkar. Kesalahan pembakaran terbuka, boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda antara RM25,000 hingga RM1 juta, atau penjara sehingga lima (5) tahun, atau kedua-duanya sekali, berserta denda tambahan sehingga RM5,000 sehari bagi setiap hari kesalahan tersebut diteruskan. Kelestarian alam sekitar di Wilayah Persekutuan Labuan perlu terus dipertahankan. Orang ramai amat digalakkan untuk turut serta menjadi "mata dan telinga" pihak berkuasa. Sebarang aduan berkaitan kejadian pencemaran boleh disalurkan segera kepada Jabatan Alam Sekitar melalui talian bebas tol 1-800-88-2727, e-mel ke aduan_k@doe.gov.my, atau menerusi portal eAduan di pautan https://eaduan.doe.gov.my.