Koleksi Gambar / Aktiviti ยท Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGLIBATAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA BAGI JEMPUTAN CERAMAH DAN PAMERAN INTERAKTIF BAGI PROGRAM BULAN KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TKR MANUFACTURING (MALAYSIA) SDN BHD
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS MELAKA
- Lokasi
- MELAKA
Penerangan
14 Julai 2026, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka telah mengambil bahagian dalam memeriahkan Program Bulan Kesedaran dan Kesihatan Pekerjaan di TKR Manufacturing (Malaysia) Sdn Bhd pada 13 Julai 2026.
Ceramah yang bertajuk Pendekatan Bersepadu Menangani Isu Pembakaran Terbuka telah disampaikan oleh Ts. Mohd Azry Hanif bin Kamar, Pegawai Kawalan Kanan, JAS Negeri Melaka. Kuiz alam sekitar juga dilaksanakan semasa ceramah berlangsung.
Selain itu, kaunter pendaftaran rakan alam sekitar juga dibuka untuk peserta program. Poster larangan pembakaran terbuka juga diedarkan kepada pihak premis untuk meningkatkan kesedaran larangan pembakaran terbuka ini.
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#JAS
#JabatanAlamSekitar