Koleksi Gambar / Bengkel
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SESI LIBAT URUS: PENYEDIAAN DOKUMEN PENYATA IMPAK PERATURAN (RIS) BIL. 2/2026
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- bahagian Air & Marin
- Lokasi
- Wyhdam i-City, Shah Alam
Penerangan
Tarikh: 6-8 Julai 2026
Sesi ini memfokuskan kepada dua (2) draf peraturan penting:
1. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pencemaran Minyak Di Laut) 20XX
2. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pencemaran Minyak Di Laut)(Pencaruman Kepada Kumpulan Wang Alam Sekeliling) 20XX
Objektif utama sesi lanjutan:
- Adalah untuk memenuhi keperluan dalam Proses RIA untuk memperkemaskan lagi dokumen RIS susulan daripada Sesi Libat Urus Bilangan 1/2026 yang diadakan pada Mei 2026. Melalui sesi ini, JAS membentangkan dapatan isu yang dibangkitkan dalam sesi terdahulu dan berhasrat mengumpulkan maklumat tambahan, bukti empirikal, perbandingan antarabangsa serta pandangan mendalam daripada pihak berkepentingan bagi memastikan dokumen RIS yang dibangunkan bukan sahaja memenuhi keperluan perundangan tetapi juga mencerminkan realiti industri, keberkesanan pelaksanaan dan aspirasi kelestarian negara.
Perasmi:
- Puan Norina Frederick Sambang, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Air dan Marin.
Kehadiran oleh pelbagai agensi kerajaan dan pemain industri utama, antaranya:
* Sektor Korporat & Industri: PETRONAS, PIMMAG, MOSVA, T.A.G. Marine, Kuantan Port Consortium Sdn. Bhd, Johor Port Sdn. Bhd., Seastraits Sdn. Bhd.
* Agensi Kerajaan: Wakil Jabatan Alam Sekitar (JAS),Kementerian Pengankutan Malaysia, Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Perikanan, APMM, LKIM, NREB Sarawak, dan Malaysia Productivity Corporation (MPC).
* Pihak Berkuasa Pelabuhan: Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah, Johor, Kemaman