Koleksi Gambar
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SEMINAR PENGURUSAN RESIDU LESTARI ANJURAN BERSAMA KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR, PENGURUSAN ASET AIR BERHAD DAN PERBADANAN BEKALAN AIR PULAU PINANG
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Pengurusan Aset Air Berhad dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang
- Lokasi
- SEBERANG PERAI
Penerangan
SEMINAR PENGURUSAN RESIDU LESTARI ANJURAN BERSAMA KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR, PENGURUSAN ASET AIR BERHAD DAN PERBADANAN BEKALAN AIR PULAU PINANG
SEBERANG PERAI, 13 Julai 2026 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang telah dijemput menghadiri Seminar Pengurusan Residu Lestari yang telah diadakan di Holiday Inn & Suites Penang. Seminar ini telah dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Pengurusan Aset Air Berhad dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang. Seminar ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan TransformasI Air.
Penganjuran seminar ini bertujuan menjadi platform holistik bagi membincangkan amalan terbaik, solusi inovatif, serta hala tuju industri dalam memperkukuh pengurusan sisa dan residu air secara lestari demi kelestarian alam sekitar negara.
Kehadiran JAS Negeri Pulau Pinang ke seminar ini turut memperlihatkan komitmen berterusan jabatan dalam menyokong inisiatif hijau serta kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan pemain industri. YBrs. Ts. Haji Azman Shah bin Ismail, Timbalan Pengarah JAS Negeri Pulau Pinang juga telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel bagi sesi forum bertajuk Perbincangan "Ke Arah Pengurusan Residu Yang Mampan".
Selain sesi forum, pengisian seminar ini turut padat dengan perkongsian ilmiah dan teknikal daripada peneraju industri termasuk YBhg. Dato' Ir. Pathmanathan K., Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, YBrs. Ir. Abdul Samad Sulaiman, Ketua Pegawai Operasi Pengurusan Aset Air Berhad, serta YBrs. Ts. Karthigayan daripada Aliran Alam Kualiti.