PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

PERHIMPUNAN BULANAN JAS SABAH BIL. 03/2026

JAS SABAH 17/07/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PERHIMPUNAN BULANAN JAS SABAH BIL. 03/2026
Tahun
2026
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah
Lokasi
Bilik Mesyuarat Sipadan, JAS Sabah.

Penerangan

Tarikh: 16 Julai 2026 (Khamis) Masa: 08.30 am - 10.00 am Tempat: Bilik Mesyuarat Sipadan, JAS Sabah. Pengerusi: Ybrs Pengarah JAS Sabah, Pn. Nor Rashidah Bt. Mohd Ghazali Kehadiran (Secara Fizikal/Online:) Semua Pegawai JAS Sabah termasuk di Cawangan. Majlis dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku & Lagu Alam Gemilang. Lafaz Ikrar Perkhidmatan Awam kemudian dilaksanakan dengan pimpinan PJ Marina. Seterusnya, bacaan doa oleh PP Nadzmi bagi memberkati perhimpunan ini. Tayangan Montaj sempena 45 Tahun JAS Sabah. Sesi pemakaian lencana Skuad Skuba: 1) PPK Jumadi Basri 2) PPK Adzhar Jafrin 3) PJ Suzaidi Ab Karim 4) PPKK Richard Daud 5) PPKK Azman Salamon Sambutan Hari Jadi dan Penyampaian Hadiah Hari Jadi. Ringkasan Majlis Perhimpunan: Amanat Pn. Pengarah JAS Sabah - Pn Pengarah mengalu-alukan kehadiran kepada semua kakitangan JAS Sabah. - Pertukaran KPP Aliudin ke Pengarah JAS Labuan dan KPP Chai ke Bahagian Udara dan ditangguh ke 7/9/2026. - Pertukaran Pegawai KC Tawau antara PP(K) Fauzi dan PP(K) Zulfi. - Sebanyak 7 Kekosongan pegawai di JAS Sabah. - Pn Pengarah mengucapkan tahniah kepada PPKK Kamarulzaman yg telah dihakikikan dari C7 ke C8. - Pelaksanaan SKU dan Penilaian pencapaian prestasi menggunakan MyPerformance sehingga 31 Julai 2026. - Menggalakkan semua mengikuti kursus yang dianjurkan oleh EIMAS. Kelulusan hendaklah diperoleh terlebih dahulu dengan penyelia sebelum membuat permohonan. - Melaksanakan pembelian tiket kapal terbang menggunakan duit sendiri bagi mesyuarat/kursus kecuali pegawai yang ada masalah kewangan boleh guna waran. - Peminjaman pegawai JAS Sabah ke JPAS dan Pn Pengarah mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk mengisi gred C5. Peminjaman PPKK Dick Jocksing ke C9 JPAS. - Pelaksanaan Latihan Madani (EPSA) secara atas talian bagi kumpulan sokongan. - Perancangan hasil keuntungan seminar/simposium. Pengumuman Bahagian Pembangunan - KPPK AHM Mesyuarat JKPAK (Aset Alih dan Fasiliti) akan diadakan pada 27 Julai 2026. Pelaksanaan Audit Kualiti Dalaman ISO MS 9001:2015 yang dijangkakan dibuat pada Ogos 2026. Pengumuman Bahagian Pentadbiran - EO Norinah Sesi mengukur baju seragam pada 16 Julai 2026. Laporan Pemantauan Berkursus Kakitangan JAS Sabah telah dibentangkan. Pengumuman Kelab En. Suffian selaku pengerusi Kelab JASaba yang baru dilantik merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Aliudin dan semua AJK yang terlibat menjayakan aktiviti kelab dan Simposium Kelestarian Alam yang telah dilaksanakan pada 1-2 Julai 2026 di SICC. Mesyuarat AJK Kelab akan diadakan pada 24 Julai 2026. Perhimpunan ditangguh pada jam 10.00 pagi diakhiri dengan acara jamuan makan. Sekian dimaklumkan. Bahagian Pembangunan