Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGANJURAN PROGRAM TAMANKU SEJAHTERA
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- PENDUDUK TAMAN PELANGI
- Lokasi
- PADANG AWAM, TAMAN PELANGI, KUALA NERANG
Penerangan
18 Julai 2026, Kuala Nerang, Kedah
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah bersama-sama memeriahkan dan menjayakan Program Tamanku Sejahtera, Daerah Padang Terap di perkarangan Padang Awam Taman Pelangi Kuala Nerang, Kedah.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Muhamad Yusoff @ Munir Bin Haji Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerja Raya Sumber Asli, Sumber Air Dan Alam Sekitar Negeri Kedah.
Pelbagai agensi turut dijemput mengadakan pameran antaranya Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Jabatan Perhilitan,Bomba, Lembaga Zakat Negeri Kedah dan lain- lain.
Beberapa aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung seperti pertandingan tarik tali, pertandingan kacau bubur asyura, kuiz tentang e-waste, bermain puzzle, pemeriksaan kesihatan dan lain-lain lagi.
Pendaftaran Rakan Alam Sekitar dan permainan Virtual Reality (VR) Alam Sekitar kepada pengunjung turut mendapat sambutan yang baik.
Dengan adanya program seperti ini dapat memberi kesedaran berkaitan aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada
masyarakat setempat di negeri Kedah selaras dengan tema JAS 'Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama' dan hasrat kerajaan negeri iaitu "Kedah Sejahtera Lestari Bersama".
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaskedah
#alamsekitartanggungjawabbersama