Koleksi Gambar
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Lawatan Kerja Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang Ke Pahang- Jas Pulau Pinang Turut Serta
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang yang turut bersama delegasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang
- Lokasi
- Pahang
Penerangan
KEPALA BATAS, 17 Julai 2026 : Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang yang turut bersama delegasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke negeri Pahang pada 16 dan 17 Julai 2026. Delegasi ini diketuai oleh Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri beserta agensi-agensi di bawah portfolio EXCO Perumahan Dan Alam Sekitar Pulau Pinang. Antara jabatan yang terlibat adalah Jabatan PERHILITAN, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, agensi Taman Negeri, agensi Taman Botani serta Jabatan Alam Sekitar yang diwakili oleh Pengarah Tuan Badlishah bin Ahmad dan Timbalan Operasi Azman Shah bin Ismail.
Kunjungan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pendedahan dan mempelajari berkenaan pengurusan pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti yang sedang dilaksanakan di negeri Pahang. Antara pengisian lawatan kerja rasmi ini adalah mengadakan mesyuarat antara dua negeri tersebut di Majlis Bandaraya Kuantan. Perbincangan meliputi pentadbiran dan pengurusan biodiversiti khusus perancangan kewangan serta pewujudan Majlis Biodiversiti negeri Pahang. Program diteruskan ke Kuantan 188 untuk meninjau secara visual landskap negeri Kuantan serta Muzium Seni Kontemporari Pahang (MOCA) di Kompleks Muzium Diraja Sultan Haji Ahmad Shah yang mempamerkan kepelbagaian karya seni tempatan. Di sebelah malam ia diteruskan dengan lawatan ke Cherating untuk melihat kelip-kelip di Sg Cherating dengan menyelusuri hutan bakau secara menaiki bot. Di sini dikongsi pengalaman mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan kelip-kelip yang merupakan indikator keadaan alam sekitar yang baik. Program diteruskan pada hari kedua dengan rombongan delegasi dibawa ke Tasik Chini iaitu tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia. Pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan sekitar giat dilakukan kerajaan negeri bukan hanya kepada ekosistem sekitar malah kepada penduduk asal Tasik Chini seperti orang asli tempatan. Kerajaan negeri Pahang telah menyediakan inisiatif ‘Buyback Guanrantee’ Tapak Semaian khusus kepada penduduk orang asli sebagai sokongan pendapatan tambahan.
Hasil lawatan ini amat memberi manfaat kepada negeri Pulau Pinang untuk dikongsi pengalaman dalam mengurus dan mentadbir biodiveristi khusus di peringkat perancangan dan pengurusan. Bagi pihak JAS, ruang kerjasama strategik dalam melihat aspek pemantauan kualiti alam sekitar khusus melibatkan sumber air boleh diadaptasikan di Pulau Pinang.
#NRES
#JabatanAlamSekitar
#JASPulauPinang
#JASPPJulai2026
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#PengurusanResiduLestari