PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

MAJLIS PENGANUGERAHAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) SESI 2025/2026 PERINGKAT NEGERI JOHOR

JAS JOHOR 28/07/2026 11 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PENGANUGERAHAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) SESI 2025/2026 PERINGKAT NEGERI JOHOR
Tahun
2026
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
SMK SULTAN IBRAHIM JOHOR BAHRU

Penerangan

9 Julai 2026, Johor Bahru- Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menganjurkan Majlis Penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2025/2026 Peringkat Negeri Johor bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim (SIGS), Johor Bahru. Program dimulakan dengan sesi perkongsian mengenai Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS), Rakan Alam Sekitar (RAS) serta pengurusan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dalam Program Inisiatif Sekolah Lestari sempena Hari Alam Sekitar Sedunia kepada warga sekolah bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga sekolah terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar. Program diteruskan dengan Majlis Penganugerahan SLAAS Sesi 2025/2026 yang telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Dr. Mohd Famey bin Yusoff, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dan Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Dom bin Dui, Wakil Rasmi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua sekolah yang menerima pengiktirafan. Berikut adalah senarai penerima anugerah: Kategori Sekolah Rendah ??SK Taman Suria ??SK Kempas ??SJK(C) Masai ??SK Parit Kudus ??SK Taman Universiti 1 Kategori Sekolah Menengah ??SMK Tun Syed Nasir Ismail ?? SMK Telok Kerang ??SMK (P) Sultan Ibrahim ??SMPKV Indahpura ?? SMK Sultan Ismail Anugerah Khas Juri (Sekolah Harapan SLAAS) ??SJK(C) Chi Chih ??SJK(C) Chung Hwa Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada pembudayaan amalan kelestarian alam sekitar dalam kalangan warga sekolah serta melahirkan generasi yang lebih bertanggungjawab terhadap pemeliharaan alam sekitar. Sesungguhnya bumi ini tidak memerlukan segelintir individu yang mengamalkan kelestarian secara sempurna, tetapi memerlukan jutaan insan yang melaksanakannya secara konsisten. Setiap langkah kecil yang kita ambil hari ini merupakan warisan besar yang akan kita tinggalkan kepada generasi akan datang.