PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel · Program Penguatkuasaan

JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR KOMITED MEMPERKASA INTEGRITI MELALUI BENGKEL ANTIRASUAH BERSAMA SPRM NEGERI SELANGOR

JAS SELANGOR 28/07/2026 16 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR KOMITED MEMPERKASA INTEGRITI MELALUI BENGKEL ANTIRASUAH BERSAMA SPRM NEGERI SELANGOR
Tahun
2026
Organisasi
JAS SELANGOR & SPRM SELANGOR
Lokasi
SHAH ALAM

Penerangan

SHAH ALAM, 6 Julai 2026 (Isnin) – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Selangor telah menganjurkan program Bengkel Antirasuah "Memperkasa Integriti Penguatkuasaan" dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor yang telah berlangsung di pejabat SPRM Negeri Selangor. Program ini merupakan kerjasama strategik SPRM Negeri Selangor dan JAS Negeri Selangor dalam memperkasakan budaya integriti dan membanteras rasuah selain memberi kesedaran kepada pegawai penguatkuasa yang terdedah kepada implikasi risiko rasuah ketika menjalankan tugas. Seramai 27 orang pegawai penguatkuasaan dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor yang bertugas di pejabat JAS Negeri Selangor dan Cawangan di dalam Negeri Selangor hadir menjayakan Bengkel Antirasuah ini. Program ini turut memberi penekanan kepada pencegahan rasuah melibatkan isu sisa elektronik “e-waste” dan aktiviti pelupusan sampah haram di negeri Selangor. Program dimulakan dengan lawatan ke fasiliti SPRM Negeri Selangor yang disampaikan oleh PsK Teo Wei Yu dan dikuti dengan taklimat Kesalahan-kesalahan Rasuah dalam Akta SPRM 2009 yang disampaikan oleh PKPs Hidayat bin Aziz di bilik Mesyuarat Utama SPRM Negeri Selangor. Seterusnya sesi bengkel interaktif yang memfokuskan pembentangan kajian kes dari setiap kumpulan. Bengkel ini dikendalikan oleh Ps Firdaus bin Umar @ Adli selaku ketua fasilitator serta dibantu oleh PKPs Mohd Redzuan bin Mohamad, PKPs Siti Mastura binti Zakaria dan PPs Fairuzillah binti Ariff sebagai fasilitator. Kajian Kes yang dibentangkan oleh peserta program adalah contoh kajian kes yang berkaitan dengan tugasan pegawai penguatkuasa di lapangan yang terdedah kepada risiko implikasi rasuah. Program diteruskan dengan ucapan penutup oleh PPj Rosmadi bin Kasim, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Selangor. Secara keseluruhannya, penganjuran bengkel ini memberi manfaat yang signifikan kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor khususnya kepada pegawai penguatkuasa dalam meningkatkan tahap pengetahuan, kesedaran dan kepekaan pegawai terhadap risiko serta kesan rasuah dalam bidang penguatkuasaan. Program ini memperlihatkan komitmen berterusan SPRM Negeri Selangor dalam memperkasa usaha pendidikan pencegahan rasuah melalui kerjasama strategik bersama jabatan kerajaan di negeri Selangor. Program ini diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada wakil peserta program dan sesi bergambar sebagai tanda komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh kerjasama strategik dan menyokong usaha pencegahan rasuah.