Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SIASATAN PENCEMARAN ASAP HITAM DI SIMPANG RENGGAM DAN MACHAP
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS CAWANGAN KLUANG
- Lokasi
- SIMPANG RENGGAM, MACHAP
Penerangan
10 Julai 2026 – Pasukan Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kluang telah menjalankan siasatan aduan pencemaran udara di sekitar Simpang Renggam dan mendapati terdapat satu (1) longgokan tayar sedang terbakar serta beberapa individu berada di lokasi aduan yang dipercayai melakukan pembakaran ini. Pemilik kebun telah diarahkan memadamkan kebakaran serta merta dan disusuli tindakan kompaun.
Siasatan aduan pencemaran asap hitam diteruskan ke atas sebuah Kilang Kelapa Sawit di Ayer Hitam. Hasil siasatan mendapati pencemaran asap hitam yang diadu berpunca dari aktiviti mengeluarkan klinker dalam kebuk pembakaran boiler yang dilakukan secara manual. Semakan data Continuous Emissions Monitoring System (CEMS) mendapati pelepasan adalah di bawah had yang ditetapkan dalam Jadual Pematuhan Syarat Lesen.
Walaubagaimanapun, premis telah diarahkan menjalankan penyelenggaraan terhadap sistem kawalan pencemaran bagi memastikan sentiasa berfungsi dalam keadaan optimum.
Jabatan Alam Sekitar mengingatkan semua premis industri agar sentiasa mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan-peraturan di bawahnya. Tindakan penguatkuasaan yang tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan mencemarkan alam sekitar.