Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SIASATAN ADUAN PENCEMARAN AIR OLEH JAS NEGERI JOHOR
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS JOHOR BAHRU TIMUR
- Lokasi
- TAMAN PERINDUSTRIAN CEMERLANG ULU TIRAM
Penerangan
10 Julai 2026, Johor Bahru - Pasukan Penguatkuasa dari Unit Aduan Zon Timur, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menerima aduan awam mengenai pencemaran air di Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram.
Siasatan dijalankan dengan menyusuri parit awam di lokasi aduan bagi menjejak punca pencemaran. Hasil siasatan mendapati punca yang disyaki adalah dari premis penyaduran dan penyalutan logam berhampiran lokasi aduan.
Siasatan juga mendapati premis ini tidak mematuhi Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Arahan lapangan telah dikeluarkan kepada premis bagi mengambil tindakan pembetulan dengan serta-merta.
Tindakan kompaun akan dikeluarkan atas kesalahan yang dilakukan oleh premis ini.
Semua pihak diminta untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan menjadi mata dan telinga JAS dalam membanteras jenayah alam sekitar.
'ALAM SEKITAR, TANGGUNGJAWAB BERSAMA'