PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN DI PREMIS JANAKUASA ELEKTRIK

JAS JOHOR 28/07/2026 5 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN DI PREMIS JANAKUASA ELEKTRIK
Tahun
2026
Organisasi
JAS JOHOR BAHRU BARAT
Lokasi
PONTIAN

Penerangan

15 JULAI 2026, PONTIAN - Pegawai penguat kuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) telah melaksanakan pemeriksaan di Kawasan Perindustrian Tanjung Bin, Pontian. Pemeriksaan merangkumi pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) (Efluen Perindustrian) 2009, PPKAS (Udara Bersih) 2014 dan PPKAS (Buangan Terjadual) 2005. Susulan semakan dokumen dan dilapangan, arahan telah dikeluarkan bagi menyemak semula reka bentuk sistem kawalan pencemaran udara dan rekod pemantauan prestasi bagi alat kawalan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Premis juga telah diberikan penerangan berkaitan tanggungjawab Orang Yang Berwibawa dimana tugasnya bukan hanya mengambil bacaan tetapi menganalisa bagi memastikan pengoperasian optimum alat kawalan. Peranan pihak pengurusan tertinggi di dalam organisasi premis juga perlu dilibatkan bagi memastikan kelestarian alam terjaga. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam. Orang ramai adalah digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke aduan_k@doe.gov.my atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my.