PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN DI PERMAS JAYA, JOHOR

JAS JOHOR 28/07/2026 5 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN DI PERMAS JAYA, JOHOR
Tahun
2026
Organisasi
JAS JOHOR BAHRU TIMUR
Lokasi
PERMAS JAYA

Penerangan

Permas Jaya, 15 Jul 2026 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor menerusi Unit Punca Industri (Johor Bahru Timur) telah melaksanakan operasi penguatkuasaan dan pemantauan pencemaran di Kawasan Perindustrian Permas Jaya, di sini, hari ini. Pemantauan tersebut dijalankan bagi menilai aktiviti perindustrian di kawasan berkenaan serta memastikan syarikat mematuhi sepenuhnya piawaian yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) dan peraturan-peraturan di bawahnya. Pihak JAS mengeluarkan arahan di lapangan sebagai langkah peringatan agar pihak premis sentiasa mengekalkan pematuhan tersebut. Pihak industri turut digesa supaya mengambil pendekatan yang lebih proaktif dan berhati-hati bagi mencegah sebarang risiko pencemaran daripada berlaku pada masa akan datang. Bagi memastikan kelestarian alam terus terpelihara, orang awam diseru untuk tampil melaporkan sebarang insiden atau kes pencemaran di kawasan mereka secara terus kepada Jabatan Alam Sekitar. Aduan boleh disalurkan menerusi talian bebas tol 1-800-88-2727 atau portal e-Aduan di eaduan@doe.gov.my.