PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPS BERSEPADU MAJLIS PERBANDARAN PONTIAN KEATAS PREMIS TIDAK BERLESEN

JAS JOHOR 28/07/2026 8 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS BERSEPADU MAJLIS PERBANDARAN PONTIAN KEATAS PREMIS TIDAK BERLESEN
Tahun
2026
Organisasi
JAS JOHOR BAHRU BARAT
Lokasi
PONTIAN

Penerangan

17 JULAI 2026, PONTIAN - Pegawai penguat kuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) telah menyertai Ops Bersepadu diketuai Majlis Perbandaran Pontian. Dapatan awal mendapati premis menjalankan operasi penstoran sludge palm oil dan pemanasan tanpa alat kawalan menyebabkan aduan bau. Penahanan Operasi Kelengkapan dibawah Seksyen 38 (1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 keatas alat pemanasan. Sampel juga telah diambil bagi tujuan pengesahan. Siasatan juga dipanjangkan kepada Malaysia Palm Oil Board (MPOB) bagi tindakan dan siasatan lanjut. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam. Orang ramai adalah digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke aduan_k@doe.gov.my atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my. #NRES #JAS #JASNJ #jabatanalamsekitar #jasjohor #alamsekitartanggungjawabbersama Lala Avocado JANJI ditepati Kosongkan Warga Asing(PTI) dan UNHCR tiada di Negeri JOHOR..... UMNO sudah diberi Mandat oleh Kesultanan Tanah Melayu JOHOR.... Terus Banteras kegiatan Yang Menghancurkan Ekonomi Kerajaan Negeri JOHOR. 3h Balas Abam Sam Berlambak kilang haram 4h Balas Paling Relevan dipilih, jadi beberapa komen mungkin telah ditapis keluar.