Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PREMIS BERASASKAN PENAPISAN MINYAK SAWIT DIKENAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN DIATAS PELEPASAN TIDAK TERAWAT
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS JOHOR BAHRU BARAT
- Lokasi
- KULAI
Penerangan
18 JULAI 2026, KULAI - Pegawai penguat kuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) telah menemui pelepasan tidak terolah daripada sebuah premis berasaskan minyak sawit dalam rondaan hujung minggu Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka di Kawasan Perindustrian Kelapa Sawit.
Siasatan mendapati premis telah melepaskan efluen diatas kegagalan unit operasi pengumpulan efluen. Penahanan Operasi Kelengkapan dibawah Seksyen 38 (1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 keatas proses pengeluaran telah diambil.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.
Orang ramai adalah digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke aduan_k@doe.gov.my atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my.