PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

Ceramah Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Sempena OSH Week MMHE

JAS JOHOR 28/07/2026 6 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Ceramah Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Sempena OSH Week MMHE
Tahun
2026
Organisasi
JAS CAWANGAN PASIR GUDANG
Lokasi
PASIR GUDANG

Penerangan

Pasir Gudang, 17 Julai 2026 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Pasir Gudang telah menyampaikan ceramah bertajuk “Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974” sempena Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Week) yang dianjurkan oleh Malaysia Marine and Heavy Engineering (MMHE). Ceramah telah disampaikan oleh Puan Norhafidah Abu, Ketua Cawangan JAS Cawangan Pasir Gudang, kepada kira-kira 80 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja MMHE. Sesi perkongsian memberi penekanan kepada tanggungjawab industri dalam mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan-peraturan berkaitan, termasuk pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 2024, pengurusan buangan terjadual, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009. Program ini turut menjadi platform untuk berkongsi pengetahuan, membincangkan isu-isu pematuhan serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pematuhan perundangan alam sekitar. Sesi soal jawab turut memberi peluang kepada peserta mendapatkan penjelasan berhubung keperluan pematuhan dan amalan terbaik dalam pengurusan alam sekitar di premis industri. Diharapkan program seumpama ini dapat memperkukuhkan budaya pematuhan terhadap perundangan alam sekitar dan sebagai usaha menyokong pembangunan negara yang mampan.