Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA (WED) 2026 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS SELANGOR
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dengan kerjasama agensi Kerajaan Negeri dan Rakan Strategik Alam Sekitar (RSAS) telah menganjurkan Program Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2026 Peringkat Negeri Selangor pada 18 Julai 2026 di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang, Kuala Langat Selangor.
Program telah disempurnakan dengan ucapan daripada YBhg. Dato’ Haji Wandi Yadzid Bin Haji Yaakob, Pengarah JAS Negeri Selangor diikuti dengan pengisian aktiviti-aktiviti seperti trade e-waste for a tree yang mana setiap peserta perlu membawa e-waste sebagai pertukaran dengan pokok bakau yang ditanam, pameran daripada agensi-agensi seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Selangor, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), booth e-waste, booth kitar semula dan minyak masak terpakai, Kuiz Eco Solver, booth pop-up dan Jualan Ehsan Rahmah.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menyokong dalam pelaksanaan program sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2026 Peringkat Negeri Selangor tersebut. Penganjuran program seumpama ini diharap dapat menarik lebih banyak pihak untuk turut melaksanakan program-program kesedaran alam sekitar bagi mengalakkan amalan pembudayaan kelestarian dan menyokong agenda pemeliharaan serta pemeliharaan alam sekitar.
“Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”