PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SELANGOR CAW. GOMBAK

JAS SELANGOR 28/07/2026 5 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SELANGOR CAW. GOMBAK
Tahun
2026
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
GOMBAK

Penerangan

4 Julai 2026, Gombak – Pasukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Cawangan Gombak telah menjalankan siasatan aduan pembakaran terbuka di kawasan Batang Kali, Hulu Selangor pada 11 Julai 2026. Hasil siasatan mendapati terdapat beberapa kesan pembakaran sisa-sisa daun kering dan longgokan sampah dedaun berskala kecil di kawasan perumahan dan rizab kawasan bahu jalan. Edaran risalah dan Notis Larangan Pembakaran Terbuka telah dikeluarkan terhadap individu yang berkaitan. Siasatan turut dijalankan di Taman Kundang Botanik, Rawang, Selangor. Hasil siasatan mendapati terdapat beberapa kesan kebakaran sisa-sisa binaan dan longgokan sampah haram di lokasi kejadian. Tiada pemilik dikesan di lokasi semasa siasatan dijalankan. Aduan berkaitan aktiviti pembakaran terbuka yang berlaku di kawasan kejiranan, rizab jalan atau kawasan lapang tanah rizab juga boleh disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing selaras dengan perwakilan kuasa yang telah diberikan kepada agensi-agensi seperti Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Pewakilan Kuasa Kepada Jabatan Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan Dan Perbadanan) 2025 bagi Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 berkaitan larangan pembakaran terbuka. Orang ramai adalah diingatkan bahawa kesalahan bagi pembakaran terbuka di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh menyebabkan denda tidak kurang daripada RM 25,000 dan denda maksimum tidak melebihi RM 1,000,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-keduanya sekali dan denda tambahan tidak melebihi RM 5,000 juga boleh dikenakan bagi tiap-tiap hari kesalahan dilakukan selepas suatu notis diserahkan.