PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PROGRAM AUDIT PENGUATKUASAAN DAN KEBERKESANAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DI JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SELANGOR

JAS SELANGOR 28/07/2026 6 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM AUDIT PENGUATKUASAAN DAN KEBERKESANAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DI JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SELANGOR
Tahun
2026
Organisasi
JAS
Lokasi
SHAH ALAM

Penerangan

21 Julai 2026, Shah Alam – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Wandi Yadzid Bin Haji Yaakob, Pengarah JAS Negeri Selangor telah menerima kunjungan daripada Pasukan Auditor JAS Ibu Pejabat bagi menjalankan Audit Kualiti Dalaman (AKD) Penguatkuasaan dan Keberkesanan Tindakan Penguatkuasaan selama tiga (3) hari bermula pada 21 hingga 23 Julai 2026. Pasukan audit telah diketuai oleh Tuan Azman Shah Bin Ismail, Timbalan Pengarah (Operasi), JAS Pulau Pinang bersama lima (5) pegawai yang lain. Program Audit Kualiti Dalaman ini dijalankan bagi menyemak dan menilai pematuhan terhadap prosedur kerja penguatkuasaan, kecekapan dalam menjalankan penguatkuasaan dan keberkesanan tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap premis-premis di Negeri Selangor. Hasil penilaian audit tersebut akan digunakan bagi tujuan penambahbaikan dalam aspek penguatkuasaan alam sekitar secara keseluruhannya. JAS Negeri Selangor komited untuk kekal patuh kepada Prosedur Operasi Standard Penguatkuasaan JAS dalam memastikan pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan yang berkesan di Negeri Selangor.