Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAPORAN PEMANTAUAN KUALITI UDARA BERIKUTAN KEMEROSOTAN IPU DI STESEN MOBIL JOHAN SETIA MCAQM001(BUNGA RAYA)
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS SELANGOR
- Lokasi
- JOHAN SETIA
Penerangan
Johan Setia, 24 Julai 2026 - Pemantauan dijalankan di sekitar Sekolah Kebangsaan Johan Setia susulan kemerosotan bacaan IPU di Stesen Mobil Johan Setia MCAQM001 (Bunga Raya). Hasil siasatan mendapati tiada aktiviti pembakaran terbuka di kawasan sekitar, termasuk melalui pemantauan dron. Keadaan cuaca adalah mendung dengan hujan renyai dan tiada jerebu.
Siasatan ke tapak pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Johan Setia mendapati kerja-kerja tanah sedang dijalankan, termasuk penggunaan dua unit eskavator. Washing bay didapati kurang berfungsi dengan baik sehingga menyebabkan kelodakan mengalir ke longkang, manakala jalan berhampiran sekolah berdebu dengan aliran trafik yang tinggi pada waktu petang, yang berpotensi menyumbang kepada peningkatan bacaan PM di stesen.
Pihak projek memaklumkan kerja akan dihentikan pada jam 5:30 petang. Notis FC telah dikeluarkan kepada pengurus pembinaan supaya mengambil tindakan pembetulan dan mengemukakan laporan kepada JAS dalam tempoh dua minggu.