Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PAMERAN KESEDARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SELANGOR DI SUNGAI BESAR
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
- Lokasi
- SUNGAI BESAR
Penerangan
25 Julai 2026, Sungai Besar – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menerima jemputan daripada Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dan Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam untuk membuka Pameran Kesedaran Alam Sekitar sempena Program Komuniti Hijau Sabak Bernam 2026 di Sungai Besar, Selangor.
Pameran tersebut telah memfokuskan inisiatif berkaitan Pengurusan E-Waste Secara Lestari sebagai usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran penduduk setempat mengenai amalan pengurusan sisa elektrik dan elektronik yang betul, sekali gus memupuk tanggungjawab bersama ke arah pemuliharaan alam sekitar yang mampan.
JAS Negeri Selangor komited dan terus berusaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat ke arah kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan generasi masa hadapan.
“Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”