Koleksi Gambar / Pengurusan JAS
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH SWCORP PAHANG KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PAHANG
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS PAHANG
- Lokasi
- KUANTAN
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Cairo Hisham bin Jalaludin, Pengarah SWCorp Pahang, yang telah disambut oleh Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang.
Kunjungan hormat ini bertujuan mengeratkan hubungan strategik serta memperkukuhkan kerjasama antara kedua-dua agensi dalam usaha memperkasakan pengurusan alam sekitar dan pengurusan sisa pepejal yang mampan di Negeri Pahang.
Sesi perbincangan turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan berkaitan isu-isu alam sekitar semasa, memperkukuh jaringan kerjasama serta meneroka peluang pelaksanaan program dan inisiatif bersama bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar.
JAS Negeri Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Cairo Hisham bin Jalaludin dan delegasi SWCorp Pahang atas kunjungan hormat ini. Semoga jalinan kerjasama erat antara kedua-dua agensi akan terus diperkukuhkan demi memastikan kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat di Negeri Pahang.