PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

PROGRAM MY BRIGHTER GREEN INITIATIVE ANJURAN TNB POWER GENERATION SDN BHD (TNB GENCO) & STESEN JANAKUASA TUANKU JAAFAR, PORT DICKSON

JAS NEGERI SEMBILAN 28/07/2026 5 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM MY BRIGHTER GREEN INITIATIVE ANJURAN TNB POWER GENERATION SDN BHD (TNB GENCO) & STESEN JANAKUASA TUANKU JAAFAR, PORT DICKSON
Tahun
2026
Organisasi
TNB POWER GENERATION SDN BHD (TNB GENCO)
Lokasi
PORT DICKSON

Penerangan

9 Julai 2026, Port Dickosn - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS)  telah menyertai program penanaman pokok bakau di Hutan Simpan Kekal Tanjung Tuan, Melaka yang dianjurkan oleh TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) & Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson. Program My Brighter Green Initiative (MBGI) 2026 yang  telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Shahrir Abdul Latif, Pengarah Urusan TNB Power Generation Sdn. Bhd.  adalah dengan kolaborasi bersama Jabatan Perhutanan Negeri Melaka dan Malaysian Nature Society (MNS). Delegasi JASNS yang diketuai oleh Pengarah, Tuan Abdul Aziz Bin Parmin turut membantu dalam penananaman anak pokok bakau.  Turut serta adalah agensi daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Melaka, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Paya serta Sekolah Kebangsaan Port Dickson, sekali gus mencerminkan sinergi kukuh antara institusi pendidikan, industri, agensi kerajaan dan komuniti. Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh Jabatan Perhutanan Negeri Melaka dan diikuti dengan  aktiviti penanaman 1,000 anak pokok bakau di kawasan yang telah dikenal pasti. Penganjuran Program Penanaman Pokok Bakau ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan khazanah semula jadi negara, malah memperkukuh kesedaran terhadap kepentingan kelestarian alam sekitar dalam kalangan masyarakat. Program seperti ini juga dapat menggalakkan pembudayaan gaya hidup sihat dan lestari dalam kehidupan seharian dan dapat menyemaikan semangat cintakan alam selaras dengan tema Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan komunikasi sosial di antara JAS dan masyarakat .