Koleksi Gambar / Aktiviti
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM RAKAN ALAM SEKITAR SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JASNS
- Lokasi
- JELEBU
Penerangan
11 Julai 2026, Jelebu - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Menyusuri Sungai Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung pada 11 Julai 2026 di Taman Negeri Kenaboi, Jelebu Negeri Sembilan.
Program ini dihadiri oleh Rakan Alam Sekitar (RAS) dengan penyertaan pelbagai perigkat umur seramai 120 orang termasuk urusetia. Program ini juga merupakan kerjasama bersama rakan strategik Kelab Warga Matrikulasi (KAWAN) , Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan
Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan penghayatan masyarakat, khususnya golongan belia, terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Ia juga dapat meningkatkan kesedaran tentang fungsi dan kepentingan hutan serta biodiversiti dalam menggalakkan gaya hidup sihat dan hubungan mesra dengan alam. Dengan penganjuran aktiviti seperti ini dapat memupuk rasa tanggungjawab terhadap pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan peserta dan juga mengukuhkan jaringan kerjasama antara komuniti, NGO dan agensi kerajaan
Bertepatan dengan tema Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia tahun ini, “Inspired by Nature. For Climate. For Our Future.” Antara aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program, antaranya Menyusuri Sungai ke Jeram Berungut dan Aktiviti Capan menggunakan bahan alam sekitar, pertandingan foto tercantik serta Taklimat dari pegawai Jabatan Perhutanan tentang penjagaan Hutan Simpan dan pemuliharaan nya melambangkan komitmen bersama dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.
Semoga program ini dapat menyemai budaya menghargai serta memelihara alam sekitar demi kesejahteraan dan kelestarian generasi masa hadapan. Alam Sekitar kita jaga bersama.