Koleksi Gambar / Aktiviti
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- CERAMAH DAN PAMERAN BERKENAAN HOUSE HOLD E-WASTE KEPADA KOLEJ KOMUNITI TAMPIN, NEGERI SEMBILAN
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- KOLEJ KOMUNITI TAMPIN
- Lokasi
- TAMPIN
Penerangan
22 Jul 2026, Tampin – Jemputan ceramah oleh oleh Kolej Komuniti Tampin berkenaan pengurusan pelupusan house hold e-waste dalam memberi kesedaran bahawa pengurusan e-waste (sisa elektronik) dengan cara yang betul amat penting untuk melindungi alam sekitar dan kesihatan manusia. E-waste merujuk kepada peralatan elektrik dan elektronik yang sudah rosak atau tidak digunakan lagi, seperti telefon bimbit, komputer, TV, peti sejuk, penghawa dingin, dan mesin basuh/ pengering.
Para peserta diberikan pendedahan berkaitan kepentingan pengurusan pelupusan yang betul. Antara kebaikan yang akan diperolehi ialah melindungi kesihatan manusia, mengurangkan pencemaran alam sekitar, menjimatkan sumber melalui kitar semula logam berharg dan mengelakkan pembaziran sumber elektronik yang masih boleh digunakan. Selain daripada itu, usaha membudayakan ‘cradle to cradle’ akan terus diamalkan dalam meminimakan penghasilan buangan terjadual melalui proses pemerolehan kembali.