PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

LAWATAN KERJA KE PREMIS KUALITI ALAM SDN BHD DI PUSAT PENGURUSAN SISA BUANGAN, LADANG TANAH MERAH, A3 DIVISION, 71960, BUKIT PELANDOK, NEGERI SEMBILAN

JAS NEGERI SEMBILAN 28/07/2026 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN KERJA KE PREMIS KUALITI ALAM SDN BHD DI PUSAT PENGURUSAN SISA BUANGAN, LADANG TANAH MERAH, A3 DIVISION, 71960, BUKIT PELANDOK, NEGERI SEMBILAN
Tahun
2026
Organisasi
JASNS
Lokasi
PORT DICKSON

Penerangan

20 Julai 2026, Seremban - Lawatan kerja pegawai Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) ke loji Kualiti Alam Sdn Bhd (kini di bawah pengurusan Cenviro) memberi tumpuan kepada pemantauan pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pelupusan sisa terjadual, serta penilaian fasiliti rawatan sisa pepejal. Pemeriksaan di tapak ini adalah sebahagian daripada penguatkuasaan standard kualiti udara dan air berhampiran. Lawatan ini dihadiri bersama kakitangan pengurusan dan pegawai Bahagian Operasi 1 Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan bagi tujuan lawatan kerja tersebut. Selain daripada itu, lawatan ini bertujuan untuk menilai dan membincangkan beberapa perkara penting berkaitan pengoperasian premis, antaranya: 1)Status pematuhan premis terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) 2)Laporan Pemantauan Alam Sekitar (Environmental Monitoring Report - EMR) 3)Isu-isu berkaitan operasi premis Melalui lawatan ini, pihak JAS dapat memastikan pematuhan berterusan terhadap keperluan perundangan alam sekitar serta memperkukuh kerjasama strategik antara pihak industri dan agensi penguatkuasaan demi kelestarian alam sekitar.