Koleksi Gambar / Aktiviti
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SESI LIBAT URUS BAHAGIAN PENGUATKUASAAN IBU PEJABAT DI JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JASNS
- Lokasi
- SEREMBAN
Penerangan
20 Julai 2026, Seremban - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah mengadakan sesi libat urus mengenai perkara-perkara berbangkit berkenaan penguatkuasaan Jabatan ini untuk dibentangkan kepada Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat, Jabatan Alam Sekitar. Antara perkara yang dibentangkan dan dibincangkan adalah berkenaan pengawalan dan pengurusan sitaan barang kes, pencerahan berkenaan kaedah pelaksaan afidavit barang kes, alternatif penguatkuasaan yang berkesan dan lain-lain hal yang berkaitan.
Sesi libat urus ini merupakan medium peting dalam memastikan penguatkuasaan yang berterusan selain daripada sentiasa peka dalam merangka dan menyusun stratergi dan hala tuju tindakan penguatkuasaan serta sasaran pematuhan bagi premis-premis punca tetap dan punca-punca bergerak. Hal ini amat penting dalam memantapkan operasi penguatkuasaan dengan adanya anggota yang terlatih, pematuhan undang-undang dan prosedur yang jelas serta sokongan peralatan dan logistik yang lengkap dan terkini dalam
Pentingnya fungsi penguatkuasaan ke atas undang-undang adalah untuk memastikan setiap peraturan, akta, dan norma masyarakat dipatuhi. Ia bertindak mengesan, menghalang, dan menghukum pihak yang melanggar undang-undang.