Koleksi Gambar / Aktiviti
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL IP BIL. 03/2026
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JASNS
- Lokasi
- SEREMBAN
Penerangan
15 Julai 2026, Seremban - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah mewujudkan sebuah jawatankuasa pemutus tindakan ke atas kertas siasatan (IP) mahkamah dan kertas siasatan (IP) kompuan.
Mesyuarat jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dan dianggotai oleh Unit Pendakwaan dan pegawai penyiasat (IO) bagi kes yang berkaitan
Tujuan utama mesyuarat jawatankuasa kertas siasatan mahkamah ini adalah untuk meneliti, menilai, dan memutuskan sama ada bukti yang dikumpul dalam sesuatu siasatan mencukupi untuk memulakan prosiding pendakwaan atau tindakan mahkamah. Selain daripada itu jawatankuasa ini juga membincangkan dan membuat keputusan ke atas rayuan pengurangan kompaun yang dikemukakan kepada Jabatan ini bagi tawaran kompaun yang telah dikenakan ke atas premis atau individu yang berkenaan.