PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

MAJLIS PERPISAHAN RINGKAS PEGAWAI JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN

JAS NEGERI SEMBILAN 28/07/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PERPISAHAN RINGKAS PEGAWAI JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN
Tahun
2026
Organisasi
JASNS
Lokasi
SEREMBAN

Penerangan

17 Julai 2026, Seremban – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah mengadakan satu majlis perpisahan ringkas bagi meraikan pegawai JAS Negeri Sembilan iaitu Encik Mohd Fitri bin Soroni yang akan berpindah dan menyambung khidmat di Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor dan Puan Erma Zairani binti Jailani yang berpindah dan menyambung khidmat di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan. Majlis santai ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan mereka sepanjang berkhidmat di jabatan ini. Sepanjang perkhidmatan mereka di JAS Negeri Sembilan, kedua-dua individu ini telah memberikan komitmen serta kerjasama yang sangat baik dalam menyempurnakan setiap tugasan. Sebagai tanda ingatan tulus ikhlas, satu sesi penyerahan cenderamata telah diadakan oleh warga kerja jabatan bagi menghargai segala memori indah yang tercipta bersama. Seluruh keluarga besar JAS Negeri Sembilan mendoakan agar Encik Mohd Fitri bin Soroni dan Puan Erma Zairani binti Jailani terus cemerlang dan dipermudahkan segala urusan di tempat bertugas yang baharu kelak. Selamat maju jaya diucapkan kepada kedua-duanya.