Koleksi Gambar / Aktiviti
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- KUNJUNG HORMAT DARIPADA DELEGASI PETRONAS GAS BERHAD KE JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JASNS
- Lokasi
- SEREMBAN
Penerangan
7 Julai 2026 , Seremban - Kunjung hormat daripada Delegasi Petronas Gas Berhad. Kunjungan ini membincangkan untuk mewujudkan kerjasama antara Petronas Gas Berhad dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan bagi program-program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (Communication, Education and Public Awareness (CEPA)) pada masa akan datang.
Selain daripada itu, sesi ini juga turut dibincangkan isu-isu semasa berkaitan gas pipeline di Malaysia terutama di Negeri Sembilan yang berkaitan dengan pembangunan pesat di Negeri Sembilan.
Mengambil pandangan sudut positif kerjasama ini, ianya akan mewujudkan sebuah platform untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik dan jaringan dua hala antara JAS Negeri Sembilan dengan Petronas Gas Berhad dalam usaha memastikan pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan secara mampan, seimbang serta mematuhi keperluan perundangan alam sekitar.
JAS akan terus menyokong segala bentuk pembangunan demi menyokong agenda pembangunan negeri yang lestari dan berdaya saing namun aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar tetap perlu diberi perhatian utama.