PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA

JAS NEGERI SEMBILAN 28/07/2026 24 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA
Tahun
2026
Organisasi
JASNS
Lokasi
SEREMBAN

Penerangan

8 Julai 2026, Seremban - Pasukan Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah menjalankan menjalankan siasatan terhadap aduan pembakaran terbuka yang diterima melalui e-aduan. Pembakaran longgokan pokok dan sampah kering dikesan hasil daripada aktiviti pembersihan kawasan lapang tanah persendirian. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pamplet larangan pembakaran terbuka dan amaran diberikan kepada pemilik tanah agar tidak mengulangi aktiviti pembakaran terbuka berikutan cuaca panas dan kering yang sedang dihadapi ketika ini. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, AKAS 1974 dan sekiranya disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit (RM25,000.00) dan tidak melebihi satu juta ringgit (RM 1 juta) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali dan denda tambahan tidak melebihi lima ribu ringgit (RM 5,000.00) bagi tiap-tiap hari kesalahan itu dilakukan selepas satu notis diserahkan atau boleh dikenakan kompaun dengan satu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus (50%) daripada denda maksimum. Orang ramai juga boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau portal aduan https://eaduan.doe.gov.my.