Koleksi Gambar
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SESI TAKLIMAT PENGURUSAN KESELAMATAN DOKUMEN RAHSIA RASMI
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang
- Lokasi
- Kepala Batas
Penerangan
24 Julai 2026, Kepala Batas – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Sesi Taklimat Pengurusan Keselamatan Dokumen Rahsia Rasmi yang dihadiri oleh warga kerja jabatan. Kolokium dipengerusikan oleh Tuan Badlishah Bin Ahmad, Pengarah, JAS Pulau Pinang. Sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Pulau Pinang ialah Encik Mohd Khairul Sharizan bin Hamid.
Objektif utama pelaksanaan sesi taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman mengenai peraturan Keselamatan Dokumen yang perlu dilaksanakan oleh setiap penjawat awam. Selain itu, menanam sikap tanggungjawab di dalam mengendalikan Dokumen Rasmi dan Dokumen Rahsia Rasmi serta memberi kesedaran akan kesan dan risiko keselamatan akibat kecuaian.
Semoga sesi taklimat ini dapat meningkatkan tahap kesedaran, integriti, serta kecekapan pegawai JAS Negeri Pulau Pinang dalam mengurus dan memelihara kerahsiaan maklumat kerajaan secara berhemah dan mematuhi tatacara keselamatan yang ditetapkan.
#jabatanalamsekitar
#jaspulaupinang
#jasppjulai2026
#alamsekitartanggungjawabbersama