PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

OPERASI GERAK BERSEPADU KENDERAAN PETROL DI JALAN KEBUN, KLANG

JAS SELANGOR 0 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI GERAK BERSEPADU KENDERAAN PETROL DI JALAN KEBUN, KLANG
Tahun
2026
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
JALAN KEBUN

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor bersama Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah menjalankan Operasi Gerak Bersepadu Kenderaan Petrol di Jalan Kebun, Klang, Selangor. Sebanyak 289 buah kenderaan berenjin petrol pelbagai jenis telah diperiksa. Daripada jumlah tersebut, 6 buah kenderaan telah ditahan untuk pengujian pelepasan Karbon Monoksida dan Hidrokarbon menggunakan “Gas Analyser”. Dua (2) buah kenderaan telah didapati gagal patuh had pelepasan bahan pencemar CO dan HC sepertimana yang telah ditetapkan di bawah Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996. Tindakan Notis Arahan di bawah Seksyen 48A(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 turut dikenakan bagi mengarahkan pemilik kenderaan untuk menjalankan pemeriksaan semula di PUSPAKOM. Orang awam adalah diingatkan untuk selenggara kenderaan dengan baik dan berjadual bagi mengelakkan ketidakpatuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan dibawahnya serta pencemaran udara.