PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

MAJLIS PELUNCURAN DAN PERASMIAN PROGRAM E-WASTE D’KHIRJO 2026 DI SEKOLAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI, SEBERANG PERAI

JAS PULAU PINANG 17/08/2026 29 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PELUNCURAN DAN PERASMIAN PROGRAM E-WASTE D’KHIRJO 2026 DI SEKOLAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI, SEBERANG PERAI
Subjek
Pertandingan Pengumpulan E-Waste Antara Sekolah
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
17/08/2026
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang
Lokasi
Pulau Pinang

Penerangan

PERAI, 5 OGOS 2026 – Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah dijemput menghadiri Majlis Peluncuran dan Perasmian Program E-Waste D’Khirjo 2026 bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Khir Johari, Perai, Pulau Pinang. Majlis yang penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh Tuan Badlishah bin Ahmad, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang. Lebih menarik, Program E-Waste D'Khirjo pada tahun ini diangkat sebagai sebuah pertandingan antara sekolah-sekolah yang menyertai Program Transformasi Sekolah Ke Arah Lestari (TASKAL) dan juga sebagai persediaan bagi penyertaan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) sesi 2027/2028. Objektif utama penganjuran pertandingan ini adalah untuk memberi pendedahan dan memupuk kesedaran yang tinggi di kalangan murid-murid sekolah mengenai kepentingan pengurusan dan pelupusan sisa elektrik serta elektronik isi rumah (household e-waste) dengan kaedah yang betul, selamat, dan lestari. Inisiatif murni ini turut mendapat sokongan padu dan dihadiri oleh Encik En Rosli Bin Ashaari, Pengarah Urusan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perai, Ir.Dr. Casey Ngo Saik Peng daripada R-Sync Technical Resources, Yang Dipertua PIBG SK Khir Johari Encik Halmi Bin Desa, Naib Yang Dipertua PIBG SK Khir Johari Encik En. Mohd. Nasirudin Bin Sapian @Lan serta delegasi dari sekolah-sekolah jemputan iaitu SK Taman Inderawasih, SK St. Mark Perai dan SK Bandar Baru Perda. Penglibatan pelbagai pihak ini membuktikan komitmen bersama dalam mendidik generasi muda ke arah kelestarian alam sekitar. JASPP merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Guru Besar SK Khir Johari iaitu Puan Shamshiah binti Mustaffa, atas inisiatif dan komitmen dalam mendokong slogan ‘Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama’ dengan memupuk semangat pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dari akar umbi. Semoga usaha pertandingan seperti ini dapat mencetuskan impak positif dan melahirkan generasi masa hadapan yang lebih cakna terhadap penjagaan alam sekitar. #NRES #JabatanAlamSekitar #JASPulauPinang #AlamSekitarTanggungjawabBersama #JASPPOgos2026