PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

AUDIT PENGUATKUASAAN DAN KEBERKESANAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DI JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI PULAU PINANG

JAS PULAU PINANG 17/08/2026 37 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
AUDIT PENGUATKUASAAN DAN KEBERKESANAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DI JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI PULAU PINANG
Subjek
Audit Penguatkuasaan
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
17/08/2026
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar negeri Pulau Pinang
Lokasi
Pulau Pinang

Penerangan

6 Ogos 2026, Pulau Pinang – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang telah menjalani Audit Penguatkuasaan dan Keberkesanan Tindakan Penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh pasukan auditor JAS selama tiga (3) hari bermula 4 hingga 6 Ogos 2026. Pasukan audit tersebut diketuai oleh Ts. Mohamad Zaihan Bin Lek, Timbalan Pengarah (Operasi), JAS Sarawak, bersama lima (5) orang pegawai auditor yang lain. Mesyuarat Pembukaan Audit telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Badlishah Bin Ahmad, Pengarah JAS Negeri Pulau Pinang, yang mengalu-alukan kehadiran pasukan audit serta menzahirkan komitmen Jabatan dalam memastikan pelaksanaan audit berjalan lancar. Mesyuarat Penutup Audit turut dipengerusikan oleh beliau bagi membincangkan dapatan audit serta cadangan penambahbaikan yang telah dikenal pasti. Sepanjang pelaksanaan audit, pasukan auditor telah menjalankan semakan dan penilaian terhadap pelbagai aspek berkaitan pengurusan serta pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan di JAS Negeri Pulau Pinang. Penilaian tersebut meliputi pematuhan terhadap prosedur kerja penguatkuasaan, pengurusan dokumentasi, tindakan susulan kes serta keberkesanan tindakan penguatkuasaan yang telah dilaksanakan. Pelaksanaan audit ini merupakan salah satu usaha Jabatan dalam memastikan sistem penguatkuasaan sentiasa dilaksanakan secara teratur, cekap dan berkesan. Selain menilai tahap pematuhan terhadap prosedur yang ditetapkan, audit ini turut memberi peluang untuk mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi memperkukuhkan lagi pelaksanaan fungsi penguatkuasaan alam sekitar. JAS Negeri Pulau Pinang sentiasa komited untuk mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan melalui pelaksanaan penguatkuasaan yang profesional, telus dan berintegriti selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) Penguatkuasaan JAS demi memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara. #NRES #JabatanAlamSekitar #JASPulauPinang #AlamSekitarTanggungjawabBersama #jasppogos2026